Penyamun Tembak Penjual Burger

Penyamun Tembak Penjual Burger-Penjual burger berusia 29 tahun itu terkena tembakan di buku lali kaki kanannya yang dilepaskan seorang daripada penjenayah ketika mereka hendak melarikan diri, dalam kejadian kira-kira 8.30 malam.

Jasin: Peniaga burger cedera di kaki kanan apabila menjadi korban tembakan rambang ketika cuba menangkap dua penjenayah dalam cubaan samun kedai runcit di Taman Bukit Tembakau Indah, Umbai, di sini, malam tadi.




Baca : Ultraman Bogelkan Mangsa Samun


Mangsa bertindak demikian selepas dia yang bersama isteri dan anaknya yang berada di gerai burger tidak jauh dari kedai runcit itu, terdengar jeritan wanita daripada premis berkenaan.

Dia kemudian mencapai kayu dan berlari ke arah kedai runcit berkenaan serta sempat membelasah seorang daripada penjenayah itu yang ketika itu hendak membonceng motosikal rakan jenayahnya.

Berikutan terkena hayunan kayu daripada penjual burger itu, seorang daripada mereka melepaskan tembakan dan terkena kaki mangsa.

Sebelum itu, kedua-dua penjenayah berusia lingkungan 20-an cuba menyamun kedai runcit tetapi gagal apabila pemiliknya menjerit meminta tolong dan menyembur ubat nyamuk ke arah seorang daripada mereka.

Berikutan tindakan itu, seorang daripada penjenayah itu mengetuk kepala wanita itu menggunakan pistol menyebabkannya cedera.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Nur Hishamudin Hashim mengesahkan kejadian dan berkata, penjual burger dan taukeh kedai runcit itu dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.-hmetro

0 Response to "Penyamun Tembak Penjual Burger"

Post a Comment