Kepentingan Perpaduan Kaum Dalam Sebuah Negara

Kepentingan Perpaduan Kaum Dalam Sebuah Negara-Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap dibincangkan dalam surat khabar dan televisyen. Hal ini kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagal kaum dan agama. Terdapat beberapa kebaikan perpaduan kaum kepada masyarakat dan negara. Antara kebaikan perpaduan kaum ialah masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Keadaan masyarakat yang aman dan damai ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik. Masyarakat pelbagai kaum boleh melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas dan lancar.
kepentingan,perpaduan kaum,pt3,tingkatan 3,pelancong,negara,ekonomi,

Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping penduduknya yang berbilang kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum utama terbesar dinegara kita iaitu Melayu Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di mana kita boleh duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama.

Selain itu, perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram di mana keadaan ini membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunkan dengan lancer untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara. Keadaan negara yang aman dan damai akan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan menjana sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat.

Di samping itu, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia. Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita berada dalam keadaan aman dan damai. Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan akan meningkatkan pendapatan negara.

Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan balk. Terdapat beberapa negara yang ingin mencontohi negara Malaysia dalam mentadbir negara. Selain itu, perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia telah membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa.

Secara keseluruhanya, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam mengekalkan perpaduan kaum di Negara Malaysia tercinta ini. Sehubungan itu,kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan keamanan yang berjaya kita kecapi hari ini di samping dapat mengekalkan keharmonian antara kaum yang berbilang bangsa di mana kita hidup dalam sebuah komuniti. Oleh demikian, walaupun ada perbezaan ideologi politik,kita haruslah mengawalnya supaya tidak menjadi tegang serta menjaga hubungan baik sesama masyarakat dengan keharmonian yang telah terbina sekian lama.
http://pmr.penerangan.gov.my/




PT3 Sejarah 2014

Kepentingan Perpaduan Kaum
  • Membina struktur masyarakat yang hidup harmoni
Rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum mempunyai amalan, budaya dan keinginan yang berbeza-beza - sekiranya perpaduan kaum dapat dicapai - dapat membentuk masyarakat yang bermuafakat dan mempunyai aspirasi yang sama - hidup aman dan harmoni tanpa sengketa
  • Membentuk masyarakat yang saling menghormati tanpa mengira status, agama atau bangsa
Perpaduan dijadikan teras dalam hidup bermasyarakat - tidak timbul isu status, agama atau bangsa yang berbeza - setiap ahli masyarakat akan belajar menghormati antara satu sama lain - bergabung atas nama 1Malaysia - rakyat yang membawa identiti Malaysia, bukan hanya bangsa atau kaum tertentu
  • Memupuk semangat patriotisme atau cinta akan negara
Apabila semangat perpaduan telah meresap dalam jiwa masyarakat - semangat patriotisme akan dapat disemai dan dipupuk - semuanya hidup bersatu padu - sama-sama akan gembleng tenaga agar keamanan dan kesejahteraan negara dapat dilestarikan 
  • Memelihara kedaulatan negara
Rakyat yang memiliki semangat cinta akan negara - kuat mempertahankan negara - mengekalkan kemerdekaan - menangkis campurtangan kuasa luar - kedaulatan negara terpelihara - keselamatan negara lebih terjamin
  • Meningkatkan imej negara di mata dunia
Perpaduan kaum antara tulang belakang kejayaan negara - rakyatnya yang berbilang kaum - hidup bersama-sama - memancing perhatian dunia - bagaimana rakyat boleh hidup bersatu-padu? - amalan perpaduan inilah yang menaikkan nama Malaysia
  • Membangunkan ekonomi negara
i. Menarik pelancong dari luar datang ke Malaysia - selain keindahan tempat-tempat di Malaysia, amalan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum turut menjadi tarikan pelancong untuk berkunjung
ii. Dapat mengelakkan penindasan ekonomi - apabila wujudnya perpaduan -  penindasan tidak akan berlaku - semua akan bersaing secara sihat dan adil
  • Mengekalkan kestabilan politik
Amalan perpaduan amat penting terutama sekali dalam pentadbiran negara - jabatan yang menjalankan fungsi pentadbiran negara sama-sama berganding bahu tanpa mengira kaum, kestabilan politik dapat dikekalkan - struktur pentadbiran negara akan jadi lebih ampuh -Kepentingan Perpaduan Kaum Dalam Sebuah Negara politik yang stabil akan mengundang minat pelabur asing - pulangan lumayan buat negara-source

0 Response to "Kepentingan Perpaduan Kaum Dalam Sebuah Negara"

Post a Comment