Gambar Sekitar Larangan Pemberian Makanan Pada Gelandangan KL

Tindakan terhadap NGO itu nampak kejam tetapi ia perlu untuk mendisiplinkan masyarakat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor. Gambar fail The Malaysian Insider.Badan bukan kerajaan (NGO) Soup kitchen yang berpusat di Kuala Lumpur diberi tempoh hingga Isnin depan untuk berpindah keluar dari pusat bandar sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan saman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.
dapur jalanan,makanan,ramadhan,


Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah serius kerajaan membersihkan kegiatan gelandangan dan pengemis di ibu negara.
Beliau berkata, kewujudan NGO yang memberi makanan kepada golongan gelandangan menyebabkan imej Kuala Lumpur terjejas teruk terutama daripada aspek kebersihan.

Mengenai gelandangan ini kita bukan tidak cuba carikan kerja untuk mereka. Bila kita beri mereka kerja mereka tidak mahu kerana adanya NGO yang memudahkan mereka mendapatkan makanan.


"Imej bandar raya terjejas teruk, bukan saja jalan kotor tetapi ada antara mereka penghidap HIV, penagih dadah," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Tengku Adnan berkata, meskipun tindakan tersebut kelihatan kejam namun ia terpaksa dilakukan untuk mendisplinkan masyarakat.
Katanya, NGO berkenaan juga perlu mencari lokasi lain luar dari pusat bandar sekiranya mahu memberikan makanan percuma.
Tengku Adnan berkata, DBKL juga menetapkan jarak dua kilometer dari pusat bandar bagi NGO untuk memberikan makanan percuma.
"Kalau mereka nak bagi makan jangan bagi makan dalam bandar paling kurang dua kilometer dari pusat belah Lot 10," katanya.
Beliau juga mengakui tindakan itu akan menyebabkan masyarakat tidak berpuas hati akan tetapi menegaskan ia adalah demi kebaikan.
"Saya tahu orang tidak gembira tapi percayalah ini untuk kebaikan. Jangan tempelak saya, tuduh saya bukan Islam kerana halang orang bagi sedekah.
"Kalau sedekah ada caranya, kita ada masjid, majlis agama Islam. Kalau bukan Islam di gereja, kuil bagi saja dan mereka akan agihkan," katanya.
Pada masa sama, beliau menegaskan DBKL juga tidak akan memberi muka kepada kegiatan peminta sedekah.
Beliau berkata pihaknya mendapati kebanyakkan peminta sedekah bukan merupakan warga Malaysia.
"Kerana itu dalam masa satu atau dua minggu kita akan buat standard prosedur penguatkuasaan dengan mengenakan bayaran saman kepada pemberi sedekah."
Katanya pihaknya akan mengeluarkan resit disertakan dengan nombor bersiri dan ia perlu dibayar serta-merta.
"Ini semua salah pembangkang suka putar belitkan kenyataan saya kata saya tidak Islamik hey... nak bagi sedekah bukan cara tepi jalan.
"Pembersihan peminta sedekah turut dilakukan negara Islam seperti Mekah dan Madinah.‎ Sekarang apa yang berlaku di sana terjadi di sini, di kompleks beli belah Pavillion dan Starhill," katanya. – 3 Julai, 2014.






Inisiatif sendiri, tidak dibayar, mereka membelanjakan wang poket dan meluangkan masa untuk pihak yang kurang bernasib baik.
Hujung minggu lalu, program komuniti Dapur Jalanan meneruskan acara mengedar makanan di Jalan Panggung, Kuala Lumpur dengan menu makaroni dan roti canai.



Saya mengikuti dengan dekat program tersebut, bermula dari proses penyediaan makanan di dapur mereka di satu unit rumah kedai di Jalan Kemuja, Bangsar, di ibu negara.

Seramai kira-kira 40 orang sukarelawan – terdiri daripada anak muda dan siswa tempatan – memenuhi ruang sempit tersebut untuk memasak dan membungkus makanan sejak jam 2 petang.

Program mingguan dengan tema “Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa” itu mensasarkan golongan gelandangan di pusat bandar Kuala Lumpur – setiap orang dengan kisah tersendiri.


Salah seorang daripadanya, seorang warga emas berusia 70 tahun menceritakan kepadaMalaysiakini, beliau menjadikan sebuah surau di Kampung Baru sebagai tempat berteduh sejak 30 tahun lalu, selepas diabaikan oleh anak-anaknya.

Wanita itu merupakan antara 50 orang yang tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan makanan dan barang-barang keperluan dari Dapur Jalanan pada setiap hari Ahad di Jalan Panggung.

Sambil merakam gambar, saya turut mengamati golongan yang hadir ke program tersebut dan mengikuti perbualan sesama mereka.


Turut diperhatikan, daripada bahasa pertuturan yang digunakan, golongan ini berasal dari segenap pelosok negara, yang berhijrah ke Kuala Lumpur.

Walau tiada tempat tinggal, mereka tetap kelihatan kemas, hasil sumbangan pakaian di program berkenaan.

Ada juga yang menyatakan dengan gembira bahawa berat badan mereka sudah naik sedikit selepas menerima makanan dan keperluan dari Dapur Jalanan.

Selain makanan dan pakaian, para sukarelawan itu turut membekalkan barang keperluan seperti alat kebersihan diri dan keperluan wanita.

Antara sukarelawan yang membantu pada hari itu ialah para pelajar dari Kolej 17, Universiti Putra Malaysia dan siswa jurusan pergigian Universiti Islam Antarabangsa, Kuantan


Para penyumbang tenaga
; yang sibuk, buat sibuk, 
buat ramai di dapur studio & Jalan Panggung:-
Ikhwan the master chef, Faz, Aisyah, Fizi
Hazman, Zharif, Farhan dan mamat & awek-awek dari MSU
Fauzi & kawan-kawan UIA, atikah, atirah, awek-awek dari UTP
Mat luthfi Vlogger, Melati, Faiz Pantai Dalam dan kawan-kawan
Pyanhabib, Rara SAMM, Azen, Mus dan mamat-mamat dari Geng Kotak 
Tim KAMY, Tim VIOS, Tim Syed Syahir, Tim MADE, Famili Pajam
serta kawan-kawan yg sama-sama hadir memeriahkan Jalan Pangggong!








Kumpulan sukarelawan Food Not Bombs Kuala Lumpur (FNBKL) berkata operasi menangkap golongan pengemis dan warga gelandangan tidak akan membantu mengatasi masalah berkenaan.
Kumpulan itu percaya, usaha seperti menghalang pengagihan makanan percuma kepada golongan tersebut, hanya akan membantu menyisihkan lagi warga tersebut.


“Ia juga berbahaya kepada kebajikan awam kerana cuba menyembunyikan, atau mengasingkan, masalah gelandangan dari pandangan umum,” kata FNBKL dalam kenyataannya.

FNBKL menjelaskan, tindakan seperti operasi yang akan dijalankan pada minggu depan itu akan menghalang usaha memahami dan menangani masalah gelandangan secara bermasyarakat.

“Salah jika kita paksa orang yang tiada rumah atau mengemis keluar dari bandar seperti dalam Ops Qaseh.

“Ia juga salah untuk menghalang orang awam dari membantu orang yang memerlukan secara langsung. Sebagai satu masyarakat, kita hanya boleh menangani masalah gelandangan dengan bekerjasama,” kenyataan itu dipetik.


Kenyataan itu mengulas mengenai pengumuman kerajaan untuk mengadakan operasi khas untuk menahan golongan gelandangan, dijangka akan diadakan pada minggu depan, dikenali dengan nama Ops Qaseh.

Ia turut merujuk kepada kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang mengumumkan bahawa sukarelawan yang memberi makanan percuma tidak boleh beroperasi dari jarak dua kilometeri dari Lot 10, Bukit Bintang.

Beliau mendakwa, kegiatan tersebut menyebabkan golongan gelandangan dan pengemis menjadi malas dan terus mengemis.

Beliau juga mendakwa pemberian makanan percuma itu menyebabkan kekotoran dan pembiakan tikus.

FNBKL juga berpendirian bahawa kerajaan perlu memansuhkan Akta Orang-orang Papa 1977 yang dianggap lapuk dan tidak lagi sesuai dikuatkuasa untuk menyelamatkan warga gelandangan.

Kolektif berkenaan melihat bahawa akta lapuk tersebut tidak lagi bersifat manusiawi walaupun ia pada asalnya digubal untuk menyelamatkan warga jalanan tersebut dari terus tercicir.

Ia digambarkan demikian kerana pihak berkuasa boleh menggunakan akta tersebut untuk menahan golongan dianggap papa untuk tempoh sehingga tiga tahun.



0 Response to "Gambar Sekitar Larangan Pemberian Makanan Pada Gelandangan KL"

Post a Comment